Saturday, December 12, 2015

Antara tiga darjat

kadang kadang manusia terlupa. 
dalam hakikat penciptaan dirinya
ada beza antara tuhan dan hamba
ada beza antara manusia biasa dan nabi mereka

Seringkali dalam setiap perbuatan kita, kita dinasihatkan untuk berhati hati. Bukan kerana perbuatan itu betul atau salah, Tetapi apabila perbuatan salah itu ditafsir sebagai kebenaran, Dan perbuatan salah itu dianggap benar. Dan aku takut, seandainya kebenaran itu dikatakan benar, Hanya kerana lebih ramai yang mmenyatakan yang salah itu benar. Maka aku tertanya tanya, dimana peranan akal untuk berfikir, peranan iman untuk memandu akal. mungkin apa yang kita perlu sedar, fungsi muhasabah lebih dari sekadar mengisi manisnya kalam nasihat.

Kita bukan tuhan. Kalau tuhan semestinya apa yang dibuat sentiasa betul, Dan bukan tugas kita untuk persoalkan hakNya sebagai tuhan mahupun persoalkan baik atau buruk tindakan tersebut. 

Kita juga bukan nabi. yang mana perbuatan nabi seringkali melambangkan keindahan Islam. Walaupun jika dilihat kisah Nabi Hidir, Nabi Musa sendiri meragui tindakannya. Jika dilihatkan lainnya nabi dan kita, seandainya nabi membuat silap, Allah akan tegur secara terus. Persoalannya di sini , apakah kita juga akan merasakan tindakan kita betul selagi mana tuhan belum menegur kita secara terus?

Maka sekali lagi saya bertanya, apakah beza kita dengan tuhan? apakah beza kita dengan nabi? aku sedar, diri ini bukan hebat dalam bab bab sebegini. tapi yang aku pasti, sebagai manusia. kita perlu akan muhasabah diri. 

Gunakan hak untuk berfikir sebelum hak untuk bersuara :) 

No comments:

Post a Comment