Sunday, March 9, 2014

manfaatnya ilmu itu, lebih dari sekadar tahu















orang tua tua selalu berkata

.
banyak orang, banyak ragam.

kadangkala dalam bertegur sapa,
kita selangi dengan pelbagai kisah dunia
bagai penglipur lara petah bersandiwara 
diselitkan juga gurauan senda..

sungguh,
 hasrat di hati hanyalah untuk menceriakan suasana
mengeratkan jalinan mesra
agar bila tiba masanya,
ini menjadi cebisan amal kita,
tatkala berdepan dengan yang Esa

namun aku sedar aku siapa,
hanya manusia biasa 
tidak lebih dari kalian semua,
tidak akan terlepas dari dosa,
 kadangkala,
ia yang tidak dikesan pancaindera.

betul,
kita dapat dengar apa yang kita bahas,
kita dapat lihat apa yang kita buat.
tetapi,
selalu sahaja aku TERkeliru ,
di antara apa yang aku SEDANG lakukan
dan apa yang aku PATUT lakukan

oleh itu
wahai rakan rakan 
jalankanlah peranan kalian 
bila terlihat kesilapan,
ketahuilah,
teguran diperlukan
kritik pun,rasenya, boleh kan?

malangnya
kadang kala dalam kritik itu 
niat hanya untuk menghina
sedangkan apa yang diperukan 
adalah kritikan yang membina
disampaikan dengan cara yang betul,
disampaikan dengan  suasana yang betul,
jangan jadi bendul
dengan mengolotkan istilah 'betul'

ah, 
pedulikan semua!
tegur nasihat komentar dan kritikan.
adalah asam garam kehidupan,
mengalir dalam darah kita.
sebab aku nak kalian tahu
dan aku rasa kalian mesti sependapat dengan aku
tiada diantara kita
yang tidak ingin ke syurga
.

'tidak akan ke syurga seseorang itu berseorangan'
maka sedarlah wahai rakan rakan
sedarlah..
tegurlah
tegurlah
tegurlah


ali husaini., 2014

No comments:

Post a Comment