Berbisik-bisik menyampaikan.
Dalam saat saat permulaan sebuah pengembaraan
"
Dalam jauh pandangan mata,
Merentas samudera laut dan benua
Harapan sempat berbisik :
Kau pergi bukan calang pergi
Kau pergi setelah kau renungi
Besar bezanya hidup mu selepas ini.
Dalam debu yang berawangan
Bertiup dari laut dan pergunungan
Harapan sempat berbisik :
Kau di sana bukan orang biasa
Kau punya misi juga agenda
Sejauh masa depan seluas cakrawala.
Dalam hiruk pikuk huru dan hara
Perbezaan mentaliti dan lasaknya manusia
Harapan sempat berbisik :
Kau perlu dicanai ditempa
Kau mesti meredah arus-arus bahaya
Kelak kau muncul ditunggu semua.
Dalam angin khatulistiwa dan dingin yang menanti
Berteman teh pekat di pagi,
Harapan sempat berbisik :
Dalam dirimu penuh potensi
Menanti diledakkan sepenuh hati
Jangan kalah pada sempitnya tradisi.
Ada jalan terbentang jauh ke depan
Hujungnya satu cahaya gemerlapan
Namun tengahnya ribuan cubaan
Tapi ini,
bisik-bisik harapan buatmu
dari yang menanti sepenuh raga dan jiwa
Jadikan ia dian hatimu
Jadikan ia rangka fikirmu
Jadikan ia tenaga langkahmu
Moga terus kau ikhlas dengan azammu
Dan kau pula nanti yang membisikkan.
"
****
dalam haruk piruk celahan bisikan hati manusia.
aku tau, ramai yg kat luar sane mmg ade tak puas ati, kecewa, tak suke, more than mereka yg ok kt aku.
especially mereka2 yg aku jumpe kt ktm pagi rabu arituh.
korang mmg dah tak mcm dulu, tak berubah,
mentaliti same mcm tahun lepas.
aku igt aku dh keluar ko jd la lg elok.
tp still,
ko tak berubah,
aku harap ko sorg,
jgn yg lain pn binase skali
tp aku tau,
ko mmg takkan bace,
thts why i wrote this jerk!
P/s: jgn igt kau dah bagus sbb kau tak brtemu dgn dunia lagi...